TIADA MANUSIA AKAN LEPAS DARI KUSUT DAN KEKUSUTAN AKAN TERUS MENGUSUTKAN FIKIRAN »

Wednesday, March 11, 2009

Sweet Thinker benci wanita?? apa kah itu BENAR?


Sebab ada suara suara kecil yang tidak puas hati menyatakan Sweet Thinker seorang yang benci perempuan merangkap seorang yang anti perempuan, maka terpaksa la saya buat penafian tersebut. Sweet Thinker merupakan seorang pencinta gadis (bukan pencinta wanita, wanita nak buat hapeee!), bukan makhluk gei dan semua tulisan adalah berdasarkan pengalaman hidup samada berjalan ditempat orang, berkomunikasi secara lansung, melalui lawatan mesra ke belog belog bercorak kehidupan dan pelbagai lagi. Apa yang penting, tulisan disini ADALAH sekadar suka suki je, MEMANG ada kena mengena dengan yang hidup dan yang sudah meninggal dan SEGALA penulisan disini adalah tidak merujuk terus kepada empunya badan. Siapa yang makan cili, dia lah terasa pedas. Segala komentar adalah sangat dihargai sama ada berbentuk bangkangan atau sokongan yang membolehkan kita sama sama berubah. Tak gitu? Sweet Thinker masih mencari dokte atau perempuan berkerjaya sebagai pasangan hidup dan menginginkan keluarga yang besar. Ngeee.

Berbalik kepada topik, hari ini saya akan tulis pasal lelaki dan tajuknya adalah Sifat Tipikal Seorang Lelaki Malaya. Sifat Tipikal Lelaki Malaya adalah merupakan satu sifat yang biasa dilakukan oleh lelaki lelaki malaya dalam menangani kaum perempuan atau lebih mesranya kaum awek.

Sifat tipikal lelaki yang terulung adalah “terpaksa menipu” bagi memuaskan hati kaum perempuan. Sifat sebegini tidak dapat dielak jika “bercinta sebelum berkahwin”. Bercinta sebelum kahwin merupakan satu proses pembelajaran dimana seseorang itu akan berusaha untuk menonjolkan sifat sifat perfek dimata pasangan masing masing. Kiranya, masing masing ingin menonjolkan kehebatan dan menyorok segala kelemahan. Lagi pun… bak kata kawan saya, perempuan memang suka mendengar sesuatu yang palesu. Sebab itulah lahirnya terma kasanova, romeo dan perempuan lurus bendul. Contohnya, diri tuan tuan dan puan puan la. Cuba imbas balik apa yang telah tuan tuan bermadah kat cik cik puan. Tentu tuan tuan asek bercakap tentang benda tak logik (penuh kepalesuan) dan cik cik puan pulak ske dengar sambil tersenyum mongel atas bawah kiri kanan. Tapi hakikatnya, selepas kahwin… segala yang perfek itu hanyalah palesu semata mata. Mana tak berantakan rumah tangga.

Yang kedua terulung tentang lelaki malaya adalah sentiasa tidak cukup dengan satu. Ini di akui. Sifat tipikal sebegini terjadi bukan atas faktor keikhlasan lelaki yang “terpakse” berawek ramai seperi Extremist Thinker, tetapi terjadi adalah atas dasar faktor persekitaran dan faktor cik puan cik puan sendiri. Cuba puan puan bayangkan, pertamanya puan puan ske dengar harapan palesu yang merupakan satu advantage kepada lelaki untuk mengadu domba, keduanya cik cik puan plak tak reti membuat persembahan atau penampilan yang mantap. Bukan lelaki tulen la kalau tidak melihat yang lagi cantik walau kat sebelah adalah cantik. Lagipun p.ramlee telah memberi contoh, kalau bini satu marah… pegi la umah bini dua, kalau bini dua marah… ana kawen tiga la. Jadi nya, perempuan haruslah pro aktif dalam melengkapkan pakej diri. Kalau lemak dah bersepah, penampilan serabai, otak kurang berwawasan naye la beb. Tapi kalo lelaki berlemak, biasa la… Itu kaya dan makmur namanya. Hehe.

Yang terakhir tentang lelaki malaya adalah, lelaki malaya sudah hilang kejantanan. Tak tahulah sifat ini tipikal atau tidak, tapi yang pasti gejala maknyah, fonen, lembut dan bahlol sudah menjadi barah dalam masyarakat. Sebagai seorang yang kacak, saya juga pernah digosipkan dengan golongan ini. Yeap, saya tak kisah dengan siapa saya berkawan sebab bagi saya mereka semua manusia dan bukannya najis… Tapi dalam berkawan pun sempat saya memberi tazkirah percuma beserta pakej lengkap berupa kopiah dan tasbih termasuk juga pakej hampir belasah apabila mereka berfantasi ingin berkahwin dengan pasangan sejenis. Tapi mereka tetap tak nak berubah. Nak buat camane lagi. Tapi satu faktor utama yang menyebabkan pembiakan spesis ini adalah sifat perempuan yang menyokong mereka. Pernah tak tuan puan mendengar perkataan “baik aku berjalan dengan maknyah, lagi seppp dari berjalan dengan lelaki”. Gilak.

Adapun sifat seperti lelaki perasan hensem tue memang bukan sifat tipikal. Itu terjadi apabila lelaki sikit perempuan banyak. Jadinya, lelaki tidak berburu tapi perempuan memburu. Sebab tue walau lelaki boleh dikatakan mempunyai muka seposen tapi dengan iktizam dan iltizam kaum perempuan yang cantik berebut rebut lelaki, maka lelaki mendapat manfaat yang besar. Hehe. Hal ini jugak bersangkutan dengan sifat lelaki tak sensitif kepada kaum wanita. Tak perlu lah saya ulas lebih lanjut, nanti dikatakan membangkitkan aura kaum lelaki plak. Maka. Inilah artikel tentang lelaki. Ngee.

0 comments: