TIADA MANUSIA AKAN LEPAS DARI KUSUT DAN KEKUSUTAN AKAN TERUS MENGUSUTKAN FIKIRAN »

Thursday, April 23, 2009

Cinta Tanpa Perajudis Dan Tanpa Setakat Kata

Hidup adalah warna warni
Jika datang cinta selalu
Menuntut pengorbanan
Sejak manusia pertama

Aku adalah pencinta biasa
Yang dengan hati mencintaimu
Mencinta dengan caraku
Cinta yang mengharapkan setia

Cinta tanpa kata-kata
Cinta seperti embun dan pagi
Cinta seperti bulan dan bintang
Cinta seperti api dan bara

Kamu telah ku pilih untuk cintaku
Bukan cinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata
Bukan cinta untuk saling berdusta
Tapi cinta untuk meraih bahagia

Ku nikmati semua waktu yang ada
Walau hanya dalam dunia maya kita bersua
Walau hanya dalam nada mendengar suara
Nurani ku menyimpan harapan menjadi nyata
Serta berharap dapat menikahimu untuk selamanya

sejauh mana kebenaran zodiak??

zodiak oh zodiak..
terlalu banyak yg mentafsirkan zodiak ini malalui majalah,internet dan sebagainya
zodiak hanya 1 perkataan yg sering terlafaz dan di lafazkan
kata org.. senang difahami tapi susah utk memahami
jangan terlalu ikut hati jika diri takut akan mati
manakan tumbuh buahnya jika tidak dr pokoknya..
kemanakah daya fikiran manusia mempercayai apa yg senang terlihat tp tak nampak apa yg patut dilihat...
jangan jadi kacang melupakan kulit..
kerana xkan wujudnya kacang jika tiada kulitnya
renunglah... hayatilah...

layanzzzz

Monday, April 20, 2009

APA BEZANYA SUKA DAN CINTA??

cinta oh cinta... indahnya cinta jika 2 hati bersatu...
tapi kadang-kadang kita lihat, banyak juga yang kecewa dengan cinta
dan kadang ada cinta yang bertepuk sebelah tangan..
perlukah bertepuk sebelah tangan jika tau ianya xkan berbunyi??
jangan d harap pada yang x sudi kerana cinta bukan hanya 1..
adakah sy suka atau cinta??

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

Di hadapan orang yang kita cinta, musim

sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka

napa perlu suka jika tak cinta
dan kenapa perlu cinta jika tak suka
napa perlu syok sendiri jika
diri sendiri sudah syok d buai asmara..
apapun... layan jak la cerita ni...


Saturday, April 18, 2009

:: Perubahan Bahasa ::

salam sejahtera...
kalau kita lihat zaman kita sekarang, perubahan bahasa dalam harian kita semakin lama semakin berubah.. gua, ko, bro, joeee, minah, aweks, tomey, bidak, trep mapel, soit, monggek, gempak, tres, malar, mantap,heboh dan mcm-mcm lagi bahasa kita dalam seharian...
bahasa ibunda suda tertanam... mana perginya bahasa malaysia kita...
mana perginya BUDI BAHASA BUDAYA KITA??... Mungkin sesiapa yang sedang membaca topik sekarang ini, bahasa yg tetera di atas itu pun mungkin menjadi rutin bahasa hariannya... betul tak?
seperti si kacang ceraikan c kulit, bila si kulit terpisah dari si kacang memang susah untuk di ubah..
kerajaan membuat kempen dewan bahasa dan pustaka besar-besaran untuk memupuk bahasa ibunda kita yang telah lama tertanam... dan kerajaan juga membuat kempen pesta buku untuk kita mengenali bahasa kita... tapi itu pun tak dapat mengubah apa-apa kepada diri kita, bahasa kita sekarang.. memang agak susah kita hendak mengunakan bahasa malaysia dalam rutin harian kita pada zaman sekarang.. sebab apa? sebab kita akan rasa lain bila kita bercakap bahasa ibunda kita dengan kawan-kawan.. ada pula yang takut kena kutuk dan berasa malu..
dan ini pula lain ceritanya.. ni terjadi kepada sy dan semua orang yang sedang membaca topik ini.. agama pun kurang di perhatikan.. tengok la anak muda sekarang, bila masuk waktu solat..
ayahnya azan di masjid.. ehhh anaknya pula sedang angguk-angguk kepala mendengar lagu rock di rumah.. ibunya pula sedang memasak sambil menyanyi lagu KAHO NA PYAR HEY..
astagafirullah... pastu pula.. bila disuruh mengaji ada jak alasannya... ( sakit perut ayah, sakit gigi ayah, demam ni ayah dan mcm2 lagi la..) tapi bila handphone berbunyi.. zummmmm terus tgk ada 1 masej... bila buka mesej 2... tertulis HAI HUBBY.. HONEY MISS SO MUCH KAT HUBBY,
apalagi... bsms punya khusuk sampai makan pun tak dipedulikan langsung..
bsms dari pagi berjam-jam lamanya punyala khusuk.. tapi bila disuruh mengaji.. hampanya...
inilah kehidupan kita sekarang... macam ragam... termasuk diri saya..
sy akui sy juga tergolong.. tapi sebagai manusia... kita kenalah sentiasa mengingati 1 sama lain kan?? layan jak la... zazzzzzzz....

Thursday, April 16, 2009

~BANDAR TAWAU SYURGA ANJING BERKELIARAN~

hanjing ini bernama boby...
opss... sapa yg terasa harap di maafkan la ya

ERMMM... terkejuat saya bila baca newspapers pagi tadi.. bila ternampak bandar tawau di label sebagai syurga anjing berkeliaran...
dulu tikus dan kini anjing... lau kita dapat lihat...
memang la anjing berkeliaran tapi bukan setakat di tawau... tapi dia semua negara..
jadi.. mana le letakkan label yg hanya bandar tawau sahaja ni sebagai syurga anjing berkeliaran..
kita x le gak salahkan anjing 2 bab dia pun ciptaan tuhan cuma dia bukan mcm manusia yg
bijak berfikir.. kadang ada juga yg berlesen jaga binatang ini.. tapi tetap juga berkeliaran..
jadi sapa yg patut di persalahkan dalam soal ini..??

sebenarnya binatang ini tak semuanya seteruk yang kita sangka... memang la kan, ada
segelintir binatang ini suka mengejar orang... tapi ada juga yang bersifat baik...
lau kita lihat contoh gambar di bawah ini :

tengok la tu.. bertapa mesranya mereka berkawan walaupun bukan dari golongan sejenis mereka...